Isnin, 15 November 2010

(50) Cita-cita

Tidak menjadikan mereka sebagai orang yang mempunyai cita-cita . Cita-cita penting bagi menghalakan pergerakan mereka bila boleh berdikari ataupun membina keyakinan kepada apa yang mereka sedang usahakan . Tidak semestinya cita-cita besar mengunung cuma sekadar menceritakan kepada mereka kita mesti mempunyai cita-cita tersebut untuk dijadikan panduan bila mereka memasuki alam persekolah ataupun bila berada di Unirversiti . Kita mesti tanamkan cita-cita tersebut bila mereka mula mengenal huruf atau boleh bertutur supaya mereka tahu apa yang mereka buat walaupun peredaran zaman memungkinkan mereka beralih arah yang sesuai dengan pencapaian mereka .
Ibubapa yang tidak mewujudkan satu cita-cita untuk anak-anak tersebut ibarat mereka tidak mengiktirafkan kebolehan anak-anak itu dalam melakarkan kebolehan mereka dalam menempuh kehidupan yang penuh abstrak dan misteri . Tiger mengajar anak-anaknya macam mana berburu dan mengunakan kukunya yang tajam dan berbisa untuk menangkap mangsa supaya perolehi dagingnya untuk makan dan kita lebih bijak sebab kita melakarkan cita-cita untuk anak-anak dan apakah perbezaan kita ? Jjaj Hanbaly

(49) Melindungi

Ibubapa 100% mengharap akan setiap dari anak-anak mereka selalu bersikap positif dan memberi satu impak yang membanggakan untuk imej Ibubapa tersebut , ini ditambahkan lagi Ibubapa tersebut mempunyai status tertentu dalam masyarakat iaitu mempunyai gelaran seperti Datuk , Tan Sri , Tun dan Tok Imam ataupun Ustaz serta Ustazah dengan kesibukan mereka pengawasan terhadap anak-anak tersebut menjadi longgar bila si Ibubapa tersebut sentiasa berada diluar dari pagi sehingga larut malam maka ruang ini akan memberi peluang pada anak-anak tersebut melakukan perkara-perkara yang kurang enak ataupun diluar batasan sebagai anak yang ada pengaruh . Bila kesalahan anak itu dikesan dan mempunyai bukti bukti tertentu , maka dengan status yang ada kita melindunginya walaupun ianya jelas bersalah dan ini menambahkan sikap yang negatif itu bertambah tebal dan salah satunya ialah Kedegilan Yang Amat Melampau dan itulah impaknya bila kita tidak mempunyai deria yang sensitif tentang anak-anak tersebut , ingatlah anak-anak itu asset didunia dan akhirat , maka janganlah buang masa untuk membentuk mereka ! Jjaj Hanbaly

(48) Manja

Manja adalah istilah yang diberikan kepada salah seorang daripada anak-anak kita yang menjadi perhatian dari kedua Ibubapa dan ianya dicurahkan belbagai jenis keistimewaan walaupun ianya tidak menghasilkan apa-apa perkara yang membanggakan keluarga dan itulah sering berlaku dan ini membuat setengah dari bilangan anak-anak kita memberontak dan bersikap ancuh tak ancuh bila kita menegur dan menyapa , lalu sikap negatif ini berlarutan selagi Ibubapa tersebut membezakan(manja) layanan kasih sayang dari mereka , maka bertambahlah masalah Ibubapa tersebut kerana memberi tumpuan kepada salah seorang dari mereka bukannya mengimbangi kasih sayang antara mereka . Percayalah sikap kedegilan itu kadang kala bermula dari kita sendiri bukannya wujud dari kalanngan kawan-kawan mereka , kawan kawan mereka hanya pelengkap keadaan sahaja bukannya pencetus kedegilan mereka . Maka kepada Ibubapa wajiblah mengunakan kebijaksanaan yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada kita dan harus diingat dalam kubur kita mengharapkan kepada semua anak-anak kita supaya mendoakan kita didalamnya tetapi we not balance the LOVE that they needs . Jjaj Hanbaly

Isnin, 8 November 2010

(47) Kedekut

Sikap bakhil dan kedekut bukanlah salah satu sifat peribadi Nabi saw dan ianya bercanggah dengan nilai-nilai Islam itu sendiri dan bila kita dalam berusaha untuk membina satu bentuk kehidupan dalam minda anak-anak kita janganlah tanamkan unsur-unsur kedekut kerana ianya akan menjauhkan kemesraan dengan masyarakat amnya yang satu agama dengan Kita iaitu Islam .
Begitu juga diwaktu usianya kecil tanamkan sikap dermawan dengan selalu bersedekah bila memasuki Masjid (tabung) , Insyallah sikap negatif dalam badannya akan keluar dan peratus yang menghinggapnya adalah kecil (negatif) . Kedekut dengan anak menyebabkan sukar untuk kita mendapatkan DOA apatah lagi senyuman yang ihklas dari anak-anak bila kita berada di ambang pencen atau selain dari itu yang penting jangan kedekut dan bakhil , memang susah nak dapat syurga atau kesenangan dalam kehidupan ini apatah lagi dengan anak-anak sendiri .

(46) Hargai

Kita jarang menghargai perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak tersebut , walaupun ianya tidaklah sebesar mana tetapi sekurang-kurangnya ucaplah Thank You Dear or what ever as long ianya keluar dari mulut kita dan adakah ianya berat sangat ? Jangan bandingkan segala penat lelah anak-anak tersebut dengan penat lelah kita di tempat kerja kita sebab kita mempunyai tanggungjawab dan mereka adalah anak-anak kita yang serba kekurangan dan mereka cuma ingin sesuatu contact with their parents dengan tidak secara langsung . Kadang-kadang mereka ingin melihat wajah-wajah dari Ibubapa mereka yang sekian lama terpisah akibat mengutamakan kerjaya masing-masing . Kita kena hargai kepada mereka walaupun air minuman yang dibuat oleh mereka tidak sesedap mana tapi mereka berusaha dan kita wajib hargainya . Ini dapat menawarkan kedegilan mereka pada tahap awal . Mungkin apa yang tertera di dalam ruang ini tidak sesuai dengan tajuk perbahasan yang sedang berlangsung but the points is kita kena berusaha agar sikap untuk menjinakan mereka mesti dilakukan dengan apa cara sekalipun dengan harapan ianya tidak menyukarkan perjalanan kehidupan Ibubapa dan anak-anak tersebut , Insyallah . Jjaj Hanbaly

(45) Ungkit

Satu perbuatan yang mencabar keperibadian/minda anak-anak yang menyangkakan kesalahannya yang lampau telah diampunkan tetapi tidak dalam kamus memori Ibubapa dan ianya selalu diperkatakan oleh Ibubapa dengan penuh marah dan ini telah mewujudkan satu prasangka yang kuat pada jiwa anak-anak tersebut dengan mengatakan Ibubapa masih tidak memaafkan mereka walaupun ianya sudah berlalu dan sudah luput dalam ingatannya dan adakah dia masih bersalah lagi ?
Kita selalu menganggap bahawa setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan anak-anak adalah satu perjalanan yang patut kita pantau dari semua sudut sehinggakan perkara yang lepas kita ungkit dengan mengatakan anak-anak itu patut bertanggungjawab walaupu ia merayu dengan sejuta keampunan dengan mengharap sesuatu dari Ibubapa dan adakah kita sedar ?
Pada hakikatnya anak-anak tersebut bukanlah berminat sangat dengan sikap memberontak[degil] tetapi 'signal' yang diberi oleh anak tersebut tidak memberi kesan yang KUAT pada pancaderia Ibubapa mereka maka wujudlah jarak tersebut dan ditambahkan lagi dengan kerjaya Ibubapa yang terlalu di utamakan . Jangan ungkit dengan apa yang lepas dan lupakanlah dengan diiringi Doa supaya ianya luput dalam memori dan diganti dengan prasangka yang baik antara Ibubapa dan anak-anak ! Jjaj Hanbaly

Ahad, 7 November 2010

(44) Veto

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mempunyai keputusan yang tidak dapat di dilawan oleh mana-mana negara yang menjadi ahli persatuan tersebut dan ia dinamakan VETO dan perbuatan ini sering berlaku antara sianak dengan Ibubapa dalam sesebuah keluarga dan dengan ini menggalakkan(kedegilan) satu keluhan sianak sebab ia wajib patuh dengan arahan Ibubapa tersebut tanpa alasan sedangkan ia ada hujjahan yang kukuh tapi itu tidak terjadi , dalam erti kata sebenar ia tidak ada pilihan serta 'bersuara' . Adakah Ibubapa sedar dengan tindakan ini menyebabkan ketidak puashati sianak tersebut ? Adakah Ibubapa tersebut tidak pernah mengalami satu pengalaman bila satu-satu arahan tersebut tidak ada pertimbangan atau tidak layak di bincangkan oleh ketua kita ? Rasa-rasanya terbakar hati serta perasaan dan membuatkan kita adalah mahkluk yang paling bodoh , bangang , bingung , begam serta lembap dan ianya berlaku pada jiwa anak-anak tersebut dan adakah kita rasainya ? Fikirlah secara matang serta perikemanusiaan itu perlu bila kita berhadapan dengan kerenah anak-anak ! Jjaj Hanbaly

Rabu, 3 November 2010

(43) Doa

Tajuk ini terkeluar sedikit dari perbahasan kita , tetapi tidak salah dijadikan sebagai infor yang berguna(mungkin) untuk kita sedar bahawa Ibubapa juga bergantung dengan anak-anak dalam bentuk ibadah iaitu DOA , mungkin diwaktu mereka kecil atau tahap tadika peratus kita mengharap dari mereka adalah kosong tetapi diwaktu mereka tahu membezakan buruk dan baik ataupun sudah mula bersolat dan mempunyai pembacaan alQuran yang sederhana maka dosa dan pahala adalah hak mereka sudah tentu mereka mula berdoa untuk Ibubapa yang sentiasa mengharap DOA anak-anak tersebut dan Ibubapa janganlah berlagak dengan mereka sebab DOA mereka adalah pendinding sesuatu yang mungkin Ibubapa tidak tahu . Ulasan ini bukanlah bertujuan menafikan sesuatu tetapi hakikatnya Ibubapa dan anak-anak adalah satu kompanen yang berkait rapat , ianya ibarat sebuah kapal yang besar dan gagah yang memerlukan kompanen yang terbaik bagi melayarkan kapal tersebut maka peranan tersebut adalah bersesuaian dengan sebuah keluarga yang bahagia ! ~ Jjaj Hanbaly

(42) Imej

Segala yang ada pada anak-anak kita adalah mencerminkan keperibadian kita diwaktu zaman kanak-kanak dan selepas itu kealam dewasa . Sebelum mereka mengenal erti dunia fashion dan bentuk hiburan kita boleh mengawal mereka dan kita menentukan apa yang patut mereka lakukan dan dunia mereka kita cuba kuasai lantas mereka akur dan merasakan itulah yang patut mereka lakukan sebab segala-galanya dibawah tanggungan kedua Ibubapa mereka sehinggalah penampilan diri mereka mestilah selari dengan konsep Ibubapa dan sekiranya mereka menentang dengan kehendak Ibubapa kemungkinan besar kita akan 'blame' mereka dengan belbagai jenis perkara sehingga kita amat benci dengan imej yang disukai oleh anak-anak tersebut dan mereka terasa dengan ketidak sukaan Ibubapa tersebut walaupun mereka mengukir dengan sejuta senyuman maka tidak hairanlan sikap 'degil' mereka akan menjalar terus kedalam jiwa mereka ibarat ular menyusup kedalam rumah dan menanti saat untuk mematuk tuan rumah tersebut . Ibubapa jangan sangat terlalu mengongkong segala aktiviti yang gemar mereka lakukan , cuma pantaulah secara ilmiah dengan mereka sebab Allah Taala menganugerahkan KEBIJAKSANAAN kepada Ibubapa tersebut , kadang-kadang imej anak-anak tersebut simbolik kepada keperibadiaan KITA . ~ Jjaj Hanbaly .

(41) Jawapan Yang Samar-samar

Orang dewasa selalu memberi satu jawapan yang tidak lengkap dan seolah-olah ada sesuatu yang kurang bila persoalan yang diajukan oleh anak-anak tersebut dan dalam ertikata sebenar jawapan itu dalam bentuk samar-samar . Ini membuatkan anak-anak tersebut menganggap Ibubapanya tidak dapat memberi jawapan yang tepat malah akan memarahi anak-anak tersebut bila mendesak tentang jawapan tersebut . Bagi Ibubapa yang sibuk atau memang buat-buat sibuk akan menyediakan jawapan yang samar-samar untuk meredakan desakan anak-anak tersebut , oleh itu kita telah menyediakan satu ruang untuk mereka memberontak atau sifat kedegilan itu ditambah-tambah .
Amat bahaya bila kita bertindak demikian dalam penyediaan jawapan yang samar-samar dan tidak membimbing kepada satu level yang sempurna sebelum mereka berpindah kealam dewasa dan mereka tidak dibekalkan dengan infor-infor yang lengkap bagi persediaan mereka dan ini membuatkan mereka tidak dapat untuk berdikari dan berhadapan dengan masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dijangkakan . Maka Ibubapa tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut bila mereka layak untuk berdikari tetapi kita biarkan mereka dalam keadaan samar-samar untuk tempoh yang lama dan cukup bahaya ! Jjaj Hanbaly