Isnin, 15 November 2010

(49) Melindungi

Ibubapa 100% mengharap akan setiap dari anak-anak mereka selalu bersikap positif dan memberi satu impak yang membanggakan untuk imej Ibubapa tersebut , ini ditambahkan lagi Ibubapa tersebut mempunyai status tertentu dalam masyarakat iaitu mempunyai gelaran seperti Datuk , Tan Sri , Tun dan Tok Imam ataupun Ustaz serta Ustazah dengan kesibukan mereka pengawasan terhadap anak-anak tersebut menjadi longgar bila si Ibubapa tersebut sentiasa berada diluar dari pagi sehingga larut malam maka ruang ini akan memberi peluang pada anak-anak tersebut melakukan perkara-perkara yang kurang enak ataupun diluar batasan sebagai anak yang ada pengaruh . Bila kesalahan anak itu dikesan dan mempunyai bukti bukti tertentu , maka dengan status yang ada kita melindunginya walaupun ianya jelas bersalah dan ini menambahkan sikap yang negatif itu bertambah tebal dan salah satunya ialah Kedegilan Yang Amat Melampau dan itulah impaknya bila kita tidak mempunyai deria yang sensitif tentang anak-anak tersebut , ingatlah anak-anak itu asset didunia dan akhirat , maka janganlah buang masa untuk membentuk mereka ! Jjaj Hanbaly

1 ulasan:

  1. Kekuatan bagi seorang manusia yang merdeka adalah terletak kepada daya pemikirannya yang mencorakan keadaan yang ada disekelilingnya tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapinya . Jjaj Hanbaly

    BalasPadam