Rabu, 3 November 2010

(42) Imej

Segala yang ada pada anak-anak kita adalah mencerminkan keperibadian kita diwaktu zaman kanak-kanak dan selepas itu kealam dewasa . Sebelum mereka mengenal erti dunia fashion dan bentuk hiburan kita boleh mengawal mereka dan kita menentukan apa yang patut mereka lakukan dan dunia mereka kita cuba kuasai lantas mereka akur dan merasakan itulah yang patut mereka lakukan sebab segala-galanya dibawah tanggungan kedua Ibubapa mereka sehinggalah penampilan diri mereka mestilah selari dengan konsep Ibubapa dan sekiranya mereka menentang dengan kehendak Ibubapa kemungkinan besar kita akan 'blame' mereka dengan belbagai jenis perkara sehingga kita amat benci dengan imej yang disukai oleh anak-anak tersebut dan mereka terasa dengan ketidak sukaan Ibubapa tersebut walaupun mereka mengukir dengan sejuta senyuman maka tidak hairanlan sikap 'degil' mereka akan menjalar terus kedalam jiwa mereka ibarat ular menyusup kedalam rumah dan menanti saat untuk mematuk tuan rumah tersebut . Ibubapa jangan sangat terlalu mengongkong segala aktiviti yang gemar mereka lakukan , cuma pantaulah secara ilmiah dengan mereka sebab Allah Taala menganugerahkan KEBIJAKSANAAN kepada Ibubapa tersebut , kadang-kadang imej anak-anak tersebut simbolik kepada keperibadiaan KITA . ~ Jjaj Hanbaly .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan