Isnin, 8 November 2010

(47) Kedekut

Sikap bakhil dan kedekut bukanlah salah satu sifat peribadi Nabi saw dan ianya bercanggah dengan nilai-nilai Islam itu sendiri dan bila kita dalam berusaha untuk membina satu bentuk kehidupan dalam minda anak-anak kita janganlah tanamkan unsur-unsur kedekut kerana ianya akan menjauhkan kemesraan dengan masyarakat amnya yang satu agama dengan Kita iaitu Islam .
Begitu juga diwaktu usianya kecil tanamkan sikap dermawan dengan selalu bersedekah bila memasuki Masjid (tabung) , Insyallah sikap negatif dalam badannya akan keluar dan peratus yang menghinggapnya adalah kecil (negatif) . Kedekut dengan anak menyebabkan sukar untuk kita mendapatkan DOA apatah lagi senyuman yang ihklas dari anak-anak bila kita berada di ambang pencen atau selain dari itu yang penting jangan kedekut dan bakhil , memang susah nak dapat syurga atau kesenangan dalam kehidupan ini apatah lagi dengan anak-anak sendiri .

1 ulasan:

  1. Emas mewakili kekayaan yang tidak terhingga , tetapi kemesraan adalah hubungan yang kekal abadi . Jjaj Hanbaly

    BalasPadam