Isnin, 8 November 2010

(45) Ungkit

Satu perbuatan yang mencabar keperibadian/minda anak-anak yang menyangkakan kesalahannya yang lampau telah diampunkan tetapi tidak dalam kamus memori Ibubapa dan ianya selalu diperkatakan oleh Ibubapa dengan penuh marah dan ini telah mewujudkan satu prasangka yang kuat pada jiwa anak-anak tersebut dengan mengatakan Ibubapa masih tidak memaafkan mereka walaupun ianya sudah berlalu dan sudah luput dalam ingatannya dan adakah dia masih bersalah lagi ?
Kita selalu menganggap bahawa setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan anak-anak adalah satu perjalanan yang patut kita pantau dari semua sudut sehinggakan perkara yang lepas kita ungkit dengan mengatakan anak-anak itu patut bertanggungjawab walaupu ia merayu dengan sejuta keampunan dengan mengharap sesuatu dari Ibubapa dan adakah kita sedar ?
Pada hakikatnya anak-anak tersebut bukanlah berminat sangat dengan sikap memberontak[degil] tetapi 'signal' yang diberi oleh anak tersebut tidak memberi kesan yang KUAT pada pancaderia Ibubapa mereka maka wujudlah jarak tersebut dan ditambahkan lagi dengan kerjaya Ibubapa yang terlalu di utamakan . Jangan ungkit dengan apa yang lepas dan lupakanlah dengan diiringi Doa supaya ianya luput dalam memori dan diganti dengan prasangka yang baik antara Ibubapa dan anak-anak ! Jjaj Hanbaly

1 ulasan:

  1. Kepastian yang samar-samar adalah diibaratkan keputusan yang dominan kepada negatif serta kabur . Jjaj Hanbaly

    BalasPadam