Jumaat, 29 Oktober 2010

(40) Makan Bersama

Makan adalah perkara yang amat utama dalam kehidupan manusia dan haiwan , begitu juga dengan mahkluk-mahkluk yang terdapat diatas muka bumi ini tak terkecuali anak-anak kita yang tanggung dari dalam perut ibunya lagi sehinggalah dia dilahirkan dan kita amat bangga bila ia membesar dengan usaha kita walupun kedegilannya sentiasa mencabar kesabaran Ibubapa . Sebab-sebab anak kerap memberontak adalah kita jarang makan bersama serta menikmati juadah yang dihidangkan dalam suasana riang dan gembira . Anak kita mengharapkan diwaktu makan dapat berbual dan meluahkan sesuatu bila terlihat akan kelibat Ibubapa bersama dan mereka mengharapkan ia akan berlaku pada hari-hari yang berikut tetapi ianya melihat perkara itu amat mustahil untuk Ibubapa bertindak demikian . Keperahatinan Ibubapa amat penting dan ianya bukan satu persoalan yang mudah dan barang diingat anak adalah dahan untuk kita berpaut bila kita berada dilewat usia 70an kerana diwaktu itu kita memang tak ada apa-apa yang boleh dibangga malah mungkin tak beberapa kacak atau seksi lagi cuma daging-daging yang kereput , maaf kasor sikit ! Makan bersama mengerat kasih sayang yang sudah luput ketika berada diluar rumah (kerja) . ~ Jjaj Hanbaly

(39) Displin

Displin adalah bentuk aturan kerja yang menentukan betapa komitmennya dengan masa serta kos yang ditanggung . Hubung kait dengan pembesaran anak-anak kita adalah impact yang cukup berkesan dan ia mengandungi beberapa elemen dalam proses untuk membentuk anak kita agar menghargai betapa penting DISPLIN dalam menguasai bentuk kehidupan untuk masa akan datang dan Ibubapa mesti ada displin bila mendidik anak-anak tersebut !
Dalam ertikata sebenarnya setiap perilaku Ibubapa adalah medan untuk mempamirkan contoh-contoh tertentu untuk membentuk pemikiran anak-anak tersebut dalam mengendorkan sikap memberontak(degil) anak-anak terhadap Ibubapanya . Contohnya , kita masuk kerja pukul 8.30 pagi dan di waktu pagi kita masih belum bersiap sedia dan masih berlengah-lengah dengan perkara-perkara yang sia-sia seperti merokok , bersembang-sembang dan bermacam-macam lagi yang melambatkan ke kerja dan anak-anak tadi melihat dengan teliti dan merumuskan Ibubapa tidak suka pada displin dan menambahkan lagi perwartakan mereka condong kepada negatif sebab dia berfikir orang dewasa pun tak berdisplin dan displin amat penting tetapi tidak ada contoh dari Ibubapa dan mana mungkin mereka akur(degil) pada kita ! Jjaj Hanbaly

Khamis, 28 Oktober 2010

(38) Selekeh

Perasaan anak akan cair dan tunduk sekiranya kita sentiasa tampil dengan kemas dan menarik dalam suasana apa sekalipun kita mempertahankan ketrampilan itu , dan dengan itu anak-anak kita menjadikan kita sebagai idola bila mereka berpakaian dan tidak ada satu halangan untuk anak itu ingin mendekati dan bermesra dengan kita sebab kita sentiasa menarik dan berbau wangi-wangian dan itulah cara yang terbaik .
Kita mesti membawa perwatakan yang menarik bila ada dirumah bukannya dalam keadaan selekeh dan tidak kemas sekiranya perkara ini berlaku , ini membuatkan anak tersebut getik dan tidak berminat berada dirumah sebab keadaan Ibubapa mereka macam pemintak sedekah dijalanan dan perkara ini amat kurang disedari oleh MakBapak mereka . Ini menganggu sedikit emosi anak-anak tersebut walaupun peratusnya tak banyak tetapi ada kesannya walaupun sedikit . Semoga Iktibar dengan celoteh ini , Good Luck ! ~ Jjaj Hanbaly

(37) Tegas dan Lembut

Sejujurnya keperibadian Ibubapa adalah acuan yang terbaik untuk mendidik anak-anak kita dan formula yang terbaik adalah dari al Quran serta sunnah Nabi untuk mendidik anak -anak dan membentuk mereka dengan apa yang dikehedaki oleh Islam . Tegas dan Lembut adalah ciri-ciri keperibadian Rasulullah saw dan dari itu salurkan kaedah ini dalam mendidik anak-anak tersebut dan belajarlah dan kaji sendiri tentang pembentukan jati anak itu dengan mengkaji serta selidik apa yang tersirat dalam sejarah Nabi SAW . Dalam kajian mengatakan Ketegasan dan Kelembutan Ibubapa dapat mempengaruhi segala tindak tanduk sianak tersebut , walupun dia berada berjuta-juta batu jauhnya , namun bila mendengar suara makbapaknya hilanglah segala resah , rindu , dendam dan bermacam-macam lagi yang terbuku dalam sanubari anak-anak tersebut maka itulah senario yang berlaku jika kita kekal konsep yang 2 tadi . Kalau kita kasar dan garang dengan anak-anak(tanpa sebab-sebab yang strong) maka tiada hal untuk mereka melupakan kita walaupun kita sebumbung dengan mereka dan tiada harapan bila kita sedang sakit dalam keadaan nazak sekalipun ! Jjaj Hanbaly

(36) Cakap Besar

Sentiasa cakap besar didepan anak dengan perkara-perkara yang kurang pasti dan nyata . Anak kita memerlukan satu teladan yang baik dari Ibubapa iaitu bersikap sederhana dalam apa-apa perkara . Janganlah bercakap besar sekiranya kita tidak mampu untuk melaksanakannya kerana ia akan menjadi contoh yang kurang baik sekiranya apa yang diperkatakan tidak menjadi kenyataan didepan anak-anak , maka anak-anak tersebut akan memperkatakan tentang kebolehan kita lantas ia akan bertindak dengan apa yang dilihat atas kebodohan kita iaitu bercakap besar . Kesannya ia akan menyebabkan anak-anak tersebut sentiasa mempermainkan tindakan yang dilakukan oleh kita dan bercambahlah kedegilan mereka dalam mengikuti apa yang disuruh dan apa yang ditegah , maka berbaloikah kita bercakap besar ! ~ Jjaj Hanbaly

(35) Menjarakkan

Kita mempunyai talian tertentu dengan saudara-mara kita antara disebelah Ibu dan bapa kita , seterus di pihak bini kita dan sebaliknya . Adakah kita sedar pertalian mereka dengan anak kita mempunyai hubungan yang lebih dari itu ? Kadang-kadang anak adik kita lebih rapat dengan anak kita , sehinggakan perkara-parkara yang berbentuk peribadi mereka ceritakan sesama mereka dan konteks ini ianya mempunyai satu hubungan amat rapat serta merapatkan pertalian dikalangan saudara mara kita . Bila ini berlaku ianya mempunyai satu pemantauan yang mudah dan tiada sukar untuk membendung mereka kearah yang baik dan sempurna , kerana rutin kehidupan mereka berlegar dikalangan adik beradik dan saudara kita .
Janganlah kita menjarakkan hubungan anak-anak kita dengan saudara mara mereka dan pastikan mereka mengenali antara satu sama lain dalam setiap urusan supaya ianya dapat mempermudahkan kehidupan mereka in future !
Perwatakan mereka amat sukar untuk dikesan sekiranya kita mengokong mereka dengan sesuatu yang kurang pasti ! ~ Jjaj Hanbaly

(34) Baik

Sentiasa mengharap anak menjadi orang yang baik-baik dan mempunyai pencapaian akedemik yang cemerlang tetapi kita tidak membimbingnya kearah itu dan kita sentiasa tiada ruang untuk menyokong dengan penuh bersungguh-sungguh hanya sekadar melepaskan asap rokok ditangga rumah .
Hakikatnya peratus kecermerlangan anak adalah datangnya dari sokongan Ibubapa begitu juga sekiranya kita inginkan anak-anak tersebut mendapat kepujian dalam setiap peperiksaan bulanan , mestilah kita sebagai Ibubapa mempunyai perancangan tertentu untuk mempastikan anak-anak tersebut mencapai objektinya walaupun kaedah sistem pembelajaran diwaktu ini sudah berubah ( banyak sangat berubahnya) dan cuba sokong dengan cara tersendiri (just take a part of his life in minute ) . Maka sudah tentu perilaku anak tersebut akan berubah mengikut rentak kehendak kita dan tiada perbuatan melanggar perintah Ibubapa walaupun perkara yang disuruh itu bertentangan dengan kehendak anak tersebut . Ini adalah akibat kita dapat menghidu kemahuan anak yang sedang dalam proses pembesaran . Apakah anda sedar anak-anak tersebut sentiasa membuat perkara-perkara untuk menarik perhatian Ibubapa ? Jjaj Hanbaly

Rabu, 27 Oktober 2010

(33) Membuat Perkara Sia-sia

Merokok adalah perkara sia-sia dan sememangnya adalah perbuatan yang memudaratkan orang disekeliling , malah Doktor satu dunia mengesahkan merokok adalah amat merbahaya dan perbuatan kita pertontonkan depan anak-anak itu mengalakkan mereka meniru akan gaya yang dilakukan oleh kita dan mereka akan memberi alasan tertentu bila mereka melakukan kesalahan kerana kita telah lakukan terlebih dahulu iaitu merokok .
Janganlah membuat perkara yang sia-sia bila hendak mendidik anak-anak kerana ianya tak berkesan kedalam minda mereka sebab kita membuat satu contoh sia-sia untuk mereka bila membuat perkara baik .
Tiada apa yang bangga bila anak anak kita sentiasa melakukan perkara yang sia-sia sebab kita yang membuat contoh yang buruk dan kedegilan itu adalah salah satu sifat sia-sia - maka janganlah buat perkara yang sia-sia demi menyenangkan kita dan anak-anak kita . ~ Jjaj Hanbaly

(32) Barangan 'Terpakai'

Anak kita 'smart' dalam pendidikan dan always get a good result dan kita dengan bangganya memberi berjenis-jenis hadiah demi usaha yang dilakukan anak tersebut dengan bersungguh tanpa merungut , lalu kita menceritakan kepandaian anak tersebut kepada orang ramai dan ianya cukup membanggakan kita tetapi sayangnya kita sering memberikan hadiah yang berbentuk 'terpakai' , walaupun barangan tersebut berjenama tetapi ianya sudah lapuk dan usang dan ini mengakibatkan 'talents' yang dimiliki oleh anak tersebut tidak dihargai walaupun hadiah diberi , tetapi mempunyai simbolik tertentu pada amatan anak tersebut .
Janganlah fikir bahawa anak tersebut tidak mempunyai deria yang cukup sensitif , sebab mereka telah dianugerah sesuatu dari Allah tentang kebolehan tertentu yang mana tidak terdapat pada orang dewasa dan ini mengakibatkan terpalit tompok kehitaman didalam perasaan mereka tentang balasan yang diterima dari hasil usaha mereka yang sentiasa memperolehi keputusan A tetapi dapat barang terpakai dan tidak mustahil perangai mereka akan berubah tetapi bukan sekarang but in future .~Jjaj Hanbaly

(31) Kerap Beri Alasan

Alasan dan alasan , seterusnya kepada persoalan yang samar-samar yang memasuki kedalam telinga anak-anak yang mendengar daripada kedua Ibubapa mereka tentang alasan-alasan yang diberi sudah beribu-ribu kali dan mungkin alasan yang entah apa-apa datang dari mana , just try to running face from them untuk sampai bila ?
Alasan adalah perkara yang tidak wujud dan sememangnya satu perilaku yang kurang bijak bila kita berhadapan dengan kerenah anak-anak dan perkara ini adalah sinonim dengan sikap kemaruk anak yang menagih sesuatu dari Ibubapa iaitu kasihsayang . Bila kita sentiasa bagi alasan kemungkinan pautannya dengan kita makin larut ibarat gula dilarutkan dalam 'teh O' dan oleh itu janganlah menebalkan sikap degil mereka dengan kita mewujudkan alasan-alasan yang tak ada langsung dalam kotak pemikiran kita untuk memberi alasan yang menjarakkan 'LOVE' . ~ Jjaj Hanbaly

(30) Kedekut

Sikap ini memang Allah Taala tidak suka , malah kemungkinan besar kubur mereka akan disempitkan oleh Allah Taala akibat bahana orang kedekut , lebih-lebih dengan anak sendiri kita tidak boleh mengamalkan sifat demikian kerana kita mengharapkan sesuatu dari anak bila kita telah dikebumikan dan doa anak kita amat berguna didalam kubur nanti . Walaupun kita mendabik dada mengatakan 'aku tak harap sangat pada anak-anak sebab aku dah bagi semua apa yang patut ! Nampak sangat kita mempermudahkan tanggungjawab kita walaupun kita masih hidup , tanggungjawab kita akan selesai bila kita mati dan kita mesti ingat akan tanggungjawab tersebut .
Kedekut bukanlah pilihan anak-anak bila mereka ingin berbelanja , malah mereka inginkan sesuatu yang menarik dan bebas untuk berbelanja dan bukanlah sehingga Ibubapa bankrap tetapi memadai dengan nilai yang ada dan tak salah untuk anak-anak itu merasa sedikit benifit dari hasil kerja keras Ibubapa mereka selama 12 bulan dan Ibubapa dapat pahala yang banyak mengembirakan anak-anak tersebut dan meluput kedegilan yang akan wujud nanti ! - Jjaj Hanbaly

(29) Pemakanan

Untuk mempastikan anak-anak kita sentiasa dalam pengawasan kita walaupun ianya jauh ataupun dekat ialah dengan mempastikan penjagaan pemakanan untuk anak-anak tersebut wajar dijaga dengan baik dan sempurna atau lebih tepat lagi tidak ada sumber-sumber haram , subahat , makroh , was-was dan harus . Sekiranya kita tidak dapat melakukannya dengan apa yang diterangkan tadi memadailah dengan penyediaan pemakanan tersebut dari tangan kita sendiri iaitu lazat dan sedikit . Dan yang lebih penting makan bersama-sama dengan anak walaupun 10 minit yang anda ada .
Banyak sumber mengatakan masa bermakan adalah masa sesuai untuk bertegur sapa dengan anak dan kita dapat melihat dengan terang dan jelas keadaan anak-anak diwaktu mereka makan dengan kita . Diwaktu ini aliran sentuhan darah diantara anak-anak dan Ibubapa akan berlaku dan Ibubapa akan dapat mengesan sesuatu yang sedang berlaku yang cuba disembunyikan oleh mereka dan perkara yang sama berlaku daripada anak-anak terhadap Ibubapa mereka , maka sikap 'memberontak' (degil) mereka ada penyebabnya bukan disaja buat ! ~ Jjaj Hanbaly

Isnin, 25 Oktober 2010

(28) Tidak Serius

Setiap dari kita sentiasa berhadapan dengan masalah , dan masalah tersebut perlu ditangani dengan cara apa pun , malah kita yang semakin tua pun masalah bertimbun-timbun dan jarang sangat orang nak tolong bagi mengurangkan permasalahan tersebut dan kita bersyukur bila masalah itu dapat diatasi dengan sempurna dan kita bangga prestasi kita selalu mencapai tahap yang tertentu dan itu yang pasti . Tetapi adakah kita mengambil serius untuk mengatasi permasalahan anak-anak kita ? Perlukah kita menyediakan masa tertentu untuk mereka ? Atau patutkah kita menyediakan seorang perunding untuk mengawal permasalahan anak-anak tersebut ? Pada kami ianya perlu dan wajar mencari masa tertentu dengan mereka . Tindakan kita untuk mencari penyelesaian masalahan mereka adalah satu langkah yang baik dan cukup berkesan dalam menjiwai perasaan mereka dan ini akan memantau kedegilan mereka yang meluap kepanasan yang memungkinkan akan mentakrifkan perbuatan kita itu . Ini adalah dorongan untuk mereka mempercayai , mengharap , perasaan , sempurna dan terbaik dari usaha Ibubapa mereka . ~ Jjaj Hanbaly

(27) Mementingkan

Mementingkan diri sendiri walaupun keutamaan anak adalah penting diwaktu itu . Perkara ini selalu berlaku diwaktu kita ingin menjalankan aktiviti dengan kawan-kawan dihujung minggu , padahal program sekolah anak adalah pada tarikh yang sama dan kita utamakan program dengan kawan-kawan dan kita serahkan program tersebut kepada bini kita menghadiri program tersebut dan kita telah melakukan perkara yang akan diingat oleh anak-anak tersebut dengan cara kurang baik iaitu dia akan berdendam dan daya ingatan mereka amat kuat serta ianya akan menghancurkan kasih sayang mereka dengan kita untuk yang lama , ianya ibaratkan api dalam sekam dan cukup bahaya !
Kadang-kadang kita kena beralah sedikit dengan anak-anak ini , dan bukannya mewujudkan satu sempadan yang merenggangkan komunikasi antara anak dan Ibubapa tetapi peratus kasih sayang itu akan melekat dengan kuat dan padu , maka ingatlah anak itu asset dunia dan akhirat .

(26) Melambatkan

Melambatkan - lambatkan permintaan anak-anak tersebut walaupun sudah berjanji dan kita tidak berapa hirau akan pengharapan mereka dengan kita , walaupun kita berupaya mendahulukan permintaan mereka yang mengambil masa yang amat pendek(tapi we dont care about that issue) dan disitulah kelebihan yang ada pada kita sekiranya dapat mempercepatkan permintaan mereka selagi tidak merugikan antara Ibubapa dan anak-anak tersebut !
Bila kita berjaya memenuhi permintaan mereka dengan tidak secara langsung kepercayaan anak-anak tersebut akan meningkat peratusnya dan percayalah mereka akan sentiasa mengingati kita tentang keupayaan dalam memenuhi permintaan diwaktu anak-anak tersebut masih dalam tanggungan Ibubapa mereka .
Selalunya kita kurang gemar melayani permintaan mereka ! - Jjaj Hanbaly

Ahad, 24 Oktober 2010

(25) Tiada Menghormati Anak-anak Tersebut .

Anak-anak memerlukan sesuatu dari Ibubapa selain makan minum , tempat tinggal serta sedikit hiburan ataupun bersiar-siar bila masa lapang diwaktu hujung tahun dan sebagainya . Selain dari itu mereka perlu diajar cara-cara menghormati dan berlaku sopan dengan sesiapa yang lebih tua dari usia mereka , maka adakah kita sedar bahawa kadang-kadang Ibubapa terlepas dalam menghormati mereka walaupun kita rasakan penghormatan itu tidak perlu tonjolkan diwaktu usia yang begitu awal dan adakah kita merasakan perlukah ianya di didik pada usia yang amat mentah ini ?
Ibubapa kena ajar dan bimbing serta berusaha dengan gigih agar penghormatan adalah elemen yang perlu wujud dalam minda mereka sebelum usia mereka meningkat naik serta menjadi tegar untuk menerima nasihat dari Ibubapa mereka sendiri . Maka menghormati mereka adalah langkah awal yang dapat meleraikan kedegilan mereka pada jarak tertentu dan kemungkinan besar langkah ini dapat mengiktirafkan kewujudan mereka dimata Ibubapa yang sentiasa sibuk dan terlalu padat masa dengan kerja-kerja mereka . ~ Jjaj Hanbaly

(24) Tidak Bersetuju Dengan Cita-cita Anak-anak Tersebut

Cita-cita adalah lambang impian anak-anak itu dari kecil sewaktu mereka berusia tadika lagi dan mereka menanamkan impian itu dengan kemas didalam sanubari mereka sehinggalah sampai kesatu level mereka boleh mengagak dengan segala maklumat yang ada dengan mengatakan cita-cita tersebut dapat menjaminkan satu bentuk kehidupan yang baik untuk diri mereka. Tetapi cita-cita itu tidak kesampaian atas bangkangan dari Ibubapa mereka dengan mengatakan perkara itu adalah tidak menguntungkan anak tersebut , sedangkan Ibubapa tadi tidak mencari maklumat terkini tentang cita-cita yang diimpikan bebudak tersebut . Maka wujudlah satu pergeseran yang amat sakit oleh sianak tadi lantas ianya membunuh semangat positif anak tadi dan apa yang pasti anak tadi tentulah keciwa dan mengadu kepada orang lain yang bukan sedarah sedaging maka dengan tidak sedari benteng yang berada diantara kedua-dua Ibubapa bertambah jarak dan tinggi serta sukar untuk dihubungi . Kedegilan adalah tanda protes mereka , dan bukan menunjukkan ianya adalah anak yang biadab but it is a one signal from them to tell us about something that have to remember ! Good Luck ~ Kulop Jantan

Yang ke 23 Tidak Memberi Peluang Untuk Sianak Itu Menunjukkan Kebolehan ;

Memang Ibubapa mewujudkan satu ruang yang menutup akan kebolehan anak tersebut dalam kebolehan tertentu dan yang pastinya kebolehan itu menandakan ia boleh berdikari dimasa depan dan kebolehan itu jarang sangat Ibubapa mengiktirafkan sebalik membina alasan-alasan tertentu bagi mengatakan ianya berlaku dalam kebetulan bukan dari usaha anak-anak tersebut dan mungkin yang ramai tidak setuju dengan penulis tetapi itulah hakikatnya .
Jumlah anak-anak kita yang memberi sumbangan kepada masyarakat adalah tersasar jauh dan tidak ada maklumat rasmi mengenainya tetapi kita boleh lihat ranking peratus anak-anak dalam gejala negatif semua dalam 70% dan ini adakah sikap ibubapa yang tidak serius atau sebaliknya ?
Anak adalah lambang simbolik kepada Ibubapa yang menjaganya dan permasalah anak-anak adalah tanggungjawab semua pihak bermula dari jiran-jiran , guru-guru disekolah , ustaz-ustaz di madrasah , ketua kampong , JKKK dan pasukan seragam yang berada disekitar kawasan tersebut dan diwaktu ini kanak-kanak adalah satu aset amat berharga bagi sebuah negara yang inginkan kemajuan !

Yang ke 22 Pendapat

Yang ke 22 - Pendapat Ibubapa Sering Tidak Selari ~ Seringkali pertelegahan antara kedua Ibubapa menyebabkan atmosfera didalam sesebuah rumah akan menjadi panas seperti dipadang Sahara dan kadang-kadang ianya menjadi beku seperti dikutub Utara atau Selatan dan ianya mengakibatkan minda anak-anak tergugat dengan teruknya , sebab kedua-dua cuba menyalahi antara satu sama lain walaupun pada hakikatnya kesalahan tersebut boleh diatasi dengan mudah dan puncanya tidaklah sebesar mana . Anak memerlukan satu landasan yang kuat dalam membangunkan identiti sendiri dan pilihan yang ada , adalah bermula dari kedua Ibubapanya dalam mencorak apa yang perlu bagi identitinya . Sekiranya pertelegahan sering berlaku kemungkinan besar jawapannya bukan berada di dalam rumah but somewhere around the street dan ianya cukup bahaya bila anak tersebut bertindak untuk mencari seuatu diluar rumah buknnya berdiolog dengan Ibubapa dalam menentukan arah hala tuju oleh anak tersebut dan pada peringkat permulaan ia mempamirkan sikap kedegilannya sebagai isyarat tertentu supaya ianya dapat diberi prihatin dengan pantas dan berkesan kepada both of their parents dan sekiranya tidak ada ransangan maka tunggulah jawapannya ? ~ Qassiem al Junied

Jumaat, 22 Oktober 2010

Yang ke 21 Berjauhan

Yang ke21 - Sering Berjauhan Dengan Anak - Mungkin anda kurang bersetuju dengan fakta ini dan ianya adalah satu perkataan yang terkeluar sedikit dari tajuk perbincangan yang sedang berlangsung . Kita boleh beranggapan berjauhan dengan anak-anak ada beberapa sebab yang kuat , iaitu kerana tugasan yang dipertanggungkan oleh majikan ataupun kerjaya yang memaksa keadaan itu berlaku untuk tempoh masa yang lama dan alasan ini boleh diterima untuk short term in 'excuse' but how long ! Bila berjauhan ini menyebabkan perasaan anak tersebut telah di isikan dengan pebagai permasalahan dan ianya akan wujud bila kita berada digerbang alam penuaan dimana kita bersendirian dan hakikat itu telah berlaku bila kita tidak ada satu inesentif untuk merubahkan jadual kita bertugas dan habiskan bersama dengan anak-anak tersebut . Maka penawarnya wajiblah kita meruangkan masa dengan anak bagi mengelakkan kita kesepian diwaktu tua nanti dan sayugia diingatkan untuk mengelakkan kedegilan anak tersebut , kita sentiasa berhubung dengan anak itu dengan melalui pelbagai cara dan dizaman ini kemudahan telefon bimbit adalah jawapannya - berhubunglah walaupun seminit kerana ianya menpunyai 'value' tertentu - Jjaj Hanbaly

Rabu, 20 Oktober 2010

Yang ke 20 Mendesak

Yang ke 20 - Terlalu Mendesak , Walaupun Tiada Keupayaan - Perkara ini sering berlaku pada anak-anak tersebut bila Ibubapa mendesak sesuatu yang diluar keupayaan anak-anak tersebut , seperti - Si anak berminat dengan jurusan sains tetapi Ibubapa suka si anak tersebut dalam jurubina dan ini amat jelas kekurangan pada anak tersebut dalam membuat rumah dan dia condong kepada sains maka sudah tentu bala yang akan menyinggah kehidupan anak tersebut dimasa akan datang sedangkan kedua ibubapa tersebut lama dah dikebumikan(mati) dan adakah ianya menguntungkan kedua-dua pihak ? Sudah tentu tidak kerana Ibubapa yang sudah dikebumikan sering disumpah oleh si anak tersebut manakala si anak tersebut mengalami kehidupan yang cerca marba lantas kemungkinan gila penyudahnya , wallahhuallam !
Maka Ibubapa sedarlah kedegilan anak-anak bukanlah terbentuk dari diri anak tersebut tetapi diacu dari Ibubapanya sendiri dan anak-anak tersebut bukanlah degil tetapi ianya adalah penghantaran satu isyarat yang cukup menyedarkan kita tentang keluhan yang cuba ditonjolkan oleh si anak tersebut , percayalah ! - Jjaj Hanbaly

Yang ke 19 Malas

Yang ke19 - Malas Menjawab Pertanyaan , Sekiranya Ada Persoalan . Anak kita suka bertanya dan pertanyaan tersebut dikehendaki menjawab dengan segera dan tepat beserta dengan penerangan yang detail dan adakah Ibubapa selesa dengan keadaan ini ? Rata-ratanya cuba melakukan dengan terbaik bila berhadapan dengan situasi ini dan sekiranya dapat menjawab dengan baik Ibubapa tersebut merasa bangga dan sekiranya tidak ada jawapan maka Ibubapa tersebut akan menangguhkan jawapan tersebut dengan memberi belbagai jenis alasan sehingga anak-anak itu diam dan perkara ini akan berulang-ulang lagi sehingga anak-anak tersebut hilang kepercayaan dan akan timbul perasaan memberontak dengan secara halus ataupun kasar . Oleh yang demikian akan wujud perasan degil itu dengan secara berperingkat-peringkat sepertimana yang dirancangkan oleh anak-anak tersebut , sapa tahu ?
Berilah jawapan dengan cepat walaupun tidak secara lengkap dan janganlah berlengah-lengah dalam situasi begini kerana jawapan itu penting bagi membina keyakinan anak-anak tersebut dengan kita , berusahalah ! ~ Hajjaj al Eussof al Qaddafi

Yang ke 18 Hate The Kids

Yang ke18 - Benci Akan kegemaran Anak-anak Tersebut . Anak kita amat gemar dengan Seni but we tell them , art bukanlah satu kerjaya yang menonjol tetapi hanya industri yang kurang menguntungkan , salahkah anak tersebut mengemarinya ? Tidak salah , tetapi Ibubapa wajib bijak berdepan dengan anak yang serupa ini kerana jiwa orang seni terlalu sensitif dan kita amat sukar untuk memahaminya dan ini ditambahkan lagi kita amat membenci dunia seni tersebut !
Kebijaksanaan Ibubapa adalah penawar yang tebaik dalam menangi apa-apa kesulitan yang berada didalam kehidupan harian . Janganlah kita berfikir dengan mudah dengan kecenderungan yang amat disukai olah anak tersebut , kita mesti menjadikan ianya positif bagi mengelak perbalahan yang teruk antara kedua Ibubapa dan anak tersebut . Ia amat mustahil sekiranya kita cuba meluputkan kegemaran anak tersebut kerana Ibubapa semakin tua dan tenaga kurang serta kemahuan anak tersebut semakin meningkat dan dapat merobohkan halangan yang dibina oleh Ibubapa , maka berfikirlah dengan pantas supaya kedegilan anak tersebut merosot dengan cepat...................................~ Jjaj Hanbaly

Yang ke 17 Enemy

Yang ke 17 - Menganggap Kawannya Musuh Ketat :- Ayat ini akan melahirkan satu pemikiran yang tidak percaya kepada orang lain dan sesungguhnya ia tidak membantu anak tersebut bersosial dengan ,masyarakat setempat malah kemungkinan besar anak tersebut dipinggir oleh apa-apa aktiviti yang berkait dengan persekolahnya dan persekitaran . Maka jangan gusar dengan keakraban anak tersebut dengan kawan-kawannya dan cubalah bergaul dengan meraka dan dari situ kita akan dapat tahu segala jenis program yang sedang mereka lakukan atau sebaliknya . Sekiranya kita menganggap sesuatu yang buruk dari kawannya dengan tidak secara langsung kita cuba menghadkan pergaulan yang memungkinkan dia merasa selesa untuk belajar ataupun 'Study Group' . Kalau kita tidak merasa yakin dengan kawan-kawannya hubungilah Ibubapa mereka untuk kepastian dan itu adalah yang terbaik . Anak-anak kita menganggap kawan-kawannya sebahagian dari mereka dan sekiranya kita mengatakan sesuatu yang tentang kawan-kawannya , maka dia merasakan dirinya diperkecilkan dengan apa yang dia suka , untuk seketika dia akan berdiam diri tetapi untuk masa akan datang mungkin sesuatu akan berlaku ......................................~ Jjaj Hanbaly

Yang ke 16 For The Best But Didnt Figure Out

Ingin Menjadikan Anak Tersebut Sebagai Orang Yang Terbaik , Tetapi Kita Tidak Menggalakkan (16) -Cita-cita Ibubapa terhadap anak-anaknya cukup tinggi diwaktu kelahiran mereka dan dari saat itu Ibubapa mengembleng dan berpadu tenaga untuk menjadi perkara itu menjadi kenyataan dan berazamlah dengan keringat yang ada untuk tempoh tertentu . Lantas dengan peredearan masa yang pantas dan usia anak-anak tersebut meningkat cepat , cita -cita yang diwujudkan pada awal kelahiran anak tersebut menjadi pudar dan malap atas kesibukan Ibubapa , dengan demikian kepincangan yang berlaku pada anak-anak tersebut terlihat jelas didepan mata Ibubapa tersebut kerana wawasan yang disemaikan pada anak-anak itu tidak menjadi walaupun kita menyediakan pasarana yang baik untuk mereka , kita merasakan apa yang terjadi adalah bukan punca dari kita tetapi anak-anak tersebut dan di sinilah kesilapan kita , iaitu kita melakarkan atas kertas tetapi perlaksanaanya kita tidak bersungguh-sungguh supaya ianya menjadi kenyataan dan diibaratkan kita menjarakan hubungan antara kita dan mereka . Oleh itu rangkullah anak-anak tersebut sebelum dia tergelincir........................... ~ Euclid Azarchel
Yang ke 15 , Menutup Keupayaan Anak - Dalam seratus kelahiran bayi , mesti salah satu daripada mereka mempunyai keupayaan yang luar biasa dan itu adalah anugerah yang istimewa dari Allah Taala kepada pasangan tersebut dan selalunya ianya kurang dapat dikesan oleh masyarakat setempat kerana ia dilindungi kemas oleh Ibubapa yang kurang bijak dan cerdik . Maka adalah diingatkan barang siapa mempunyai anak yang keupayaan yang baik atau luar biasa janganlah di tutup akan anugerah tersebut kerana ia akan memudahkan kehidupan antara anak-anak tersebut dengan kedua Ibubapa yang berkenaan . Kadang-kadang anak-anak tersebut cuba menonjolkan keupayaannya tetapi keluarga tersebut menolak dan tidak mempercayai tentang keupayaan anak tersebut dan ini membuat anak-anak tersebut merasakan kebolehan tidak dapat di persembahkan apatah lagi untuk diyakini , maka tercalitnya kebencian anak tersebut kepada Ibubapanya dan ini menyemarakan ruang kedegilan kepada tahap maximum dan ini cukup merbahaya kepada masa depan anak tersebut begitu juga kedua Ibubapanya . Dengan itu percayalah keupayaan anak tersebut walaupun dalam keadaan sedetik sekalipun . - Euclid Azarchel

Selasa, 19 Oktober 2010

Yang ke 14 -----> Menghadkan Daya Kreativitinya - Setiap anak-anak yang dilahirkan diatas muka bumi dianugerahkan keistimewaan tertentu dari Allah Taala dan ianya adalah benar dan tepat . Ini kerana anugerah itu adalah semata-mata untuk anak tersebut berdikari dan dapat melakukan sesuatu untuk pihak tertentu malah tiada yang akan terputus dari keistimewaan tersebut dan inilah patut dijaga oleh Ibubapa yang pandai buat anak but problem untuk build up their own kids( very bad parents ) . Bila kita menghadkan kebolehan anak tersebut ianya membuatkan sifat kedegilannya bertambah ransang ke sempadan yang lebih jauh dan ini memungkin mematahkan daya kreativnya . Kreativ anak anda dalam sistem teknikal but we like anak tersebut be a lawyer dan kita push dia to become a lawyer dan secara automatiknya kita telah menghancurkan sesuatu yang telah Allah anugerahkan kepada anak tersebut , maka secara jujurnya kemungkinan anak tersebut kecewa dan patah hati atas keputusan yang ditetapkan oleh parentsnya , lantas dia akan menjadi sesuatu yang kurang enak didengar............... ! ~ Qassiem al Junied .
Yang ke13 - Amat Berat Memberi Peluang > Kita sering diberi oleh Allah untuk memperbaiki rentak kehidupan kita dan peluang itu sering disusuli dengan rahmat Allah , cuma kita tidak sedar akan peluang tersebut dan yang kita tahu asyik melanggar perintah Allah dan Allah beri peluang untuk bertaubat untuk kita dan kita terlupa , pelupa , memang lupa atau buat-buat lupa dengan peluang yang diberi dari rahmat Allah Taala . Adakah kita sedar tentang perkara itu !
Kita jarang memberi peluang tertentu kepada anak-anak kita bila mereka ingin menebuskan kesalahan yang telah dia lakukan , malah kita sandarkan kesalahan dia untuk menghukum dengan lebih berat dan memberi amaran tertentu supaya anak tersebut berubah dengan pantas , maka ianya tidak berhasil untuk mendidik anak tersebut malah kedegilan bertambah-tambah dari secupak kepada bergantang-gantang dan tidak mustahil akan menjadi bertan-tan , untuk merubahkan tabiat anak-anak tersebut memerlukan satu tempoh yang lama dan banyak-banyak-banyak bersabar dan bukan untuk sekarang but in future ! ~ Qassiem al Junied
12 - Tersangat Cepat Menghukum Anak ( dalam melakukan mistake) . Setiap manusia yang duduk diatas muka bumi ini always make a mistake dan kita tidak boleh terlepas dari perbuatan demikian , senarionya ianya akan berlaku pada setiap saat dan bukan seketika . Oleh itu wajarkah kita menghukum anak tersebut walaupun kesilapan yang di buat itu adalah kecil ? Tidak bolehkah kita menasihat terlebih dahulu sebelum kita menjatuhkan hukuman yang mana mungkin hukuman tersebut tidak adil bagi dia , sekurang-kurang bagi dia membela dirinya dengan caranya sendiri , bagi dia space untuk mempertahankan supaya ia merasakan adil itu ada walaupun kesalahan itu berat kepada dia dan sabarlah untuk waktu tertentu dan tindakan ini mungkin melonggarkan kedegilan anak tersebut , siapa tahu you are the great mother&father in this planet ! GOOD LUCK ~ Qassiem al Junied

Yang ke 11 Menyamai Anak-anak Dengan Negatif

Yang ke 11 - Menyamai Anak Dengan Kebodohan Orang Lain . Anak kita cerdik tetapi kita kurang monitor keatas kecerdikan anak tersebut malah kita merasakan anak kita tidak mempunyai apa-apa kebolehan lantas kita menyamakan kebodohan anak tersebut dengan sesiapa yang bodoh maka tindakan ini mengandakan kebodohan Ibubapa tesebut dalam setiap perkara dan anak tersebut akan melakukan perkara yang sepertimana yang diucapkan oleh Ibubapa nya iatu `Stupid Like Idiot' - Kedegilan akan wujud dalam diri budak tersebut dari perbuatan Ibubapa yang konon-kononnya bijak dan pandai , yang akan mengeraskan lagi jiwa mereka kearah kedegilan dan sebagai penawarnya tanamkan dalam diri anda mengatakan anak aku lebih bijak dari orang lain sekiranya aku sendiri yang membimbingnya ! OK ~ GOOD LUCK - Qassiem al Junied

Yang ke 10 Membelakangi (Tidak Hirau)

Membelakangi Anak Dalam Setiap Hal (ke10) - perlukah kita mengaitkan segala hal yang rumit dengan mendengar pandangan dari anak sendiri , YES ! Sebab mereka adalah pewaris kita pada masa akan datang dan setiap masalah kita wajar mendengar pandangan mereka supaya mereka cepat matang dan boleh berdikari dalam masa yang singkat dan dalam masa yang sama mereka merasakan diri mereka dihargai walaupun dia tahu kemungkinan besar pandangan dia tidak termasuk dalam senarai yang boleh diterima . Kedegilan anak-anak kita bukanlah disebabkan faktor luaran tetapi ianya terbit dari dalam persekitaran rumah kita sendiri dan hakikat ini sukar untuk kita menerimanya sebab kita rasakan segala bentuk yang ada dalam rumah dapat membantu pembesaran anak tersebut dalam suasana yang mesra dan aman , sebenarnya tidak ! Sebab kita berada pada zaman yang penuh kerumitan dan kesulitan untuk mencari keamanan maka sentiasalah pantau perkara-perkara yang melibatkan hubungan dengan anak-anak kita ! GOOD LUCK ~ Qassiem al Junied .

Yang ke 9 Kepuraan Dengan Anak-anak

Yang ke 9 Bersikap Kepuraan Didepan Anak , ini adalah sikap yang amat berbahaya dan tidak ada jaminan bagi memperbaiki hubungan yang stabil diantara anak dengan Ibubapa kerana kepuraan bermakna Ibubapa tersebut berlakon dan tidak dilahirkan dari perbuatan hati yang rela dan ianya mudah dikesan dalam tempoh yang singkat maka oleh yang demikian janganlah bersikap kepuraan didepan anak walaupun pahit untuk diterangkan yang sebenar tetapi ianya amat berbaloi dimasa akan datang dan itu yang pasti . Sekiranya kita berpura-pura dengan anak-anak tersebut maka diwaktu yang lain anak tersebut boleh bertindak serupa dengan apa yang kita telah lakukan dan percayalah ! ~ Qassiem al Junied

Yang ke 8 - Mengumpat Anak Sendiri

Yang ke8 Mengumpat Anak sendiri , ini adalah satu habit yang kurang berkesan untuk mengendurkan kedegilan anak-anak tersebut dan sudah pasti ianya bukanlah mencenderongkan fitrah anak itu kepada kebaikan malah ianya menjatuhkan aib anak itu sendiri bila menyedari kelibat Ibubapa mengumpat dirinya sedangkan itu bukanlah elemen yang digemari oleh anak tersebut , maka sudah tentulah sianak tersebut merasakan sakitnya dihati walaupun ia tidak berkemampuan untuk bertindak atau mungkin ia menunggu masa untuk bertindak dengan permulaan menunjukkan sikap kedegilan dalam satu-satu perkara yang kecil bukan dalam bentuk besar dan bila perlakuan ini berlaku pada anda , cepat-cepatlah memantau dengan kebijaksanaan yang ada pada anda sebagai Ibubapa mereka dan jangan lengah-lengahkan waktu untuk melakukannya sebab anak itu ada perasaan yang sensitif , cepatlah bertindak ! ~ Qassiem al Junied

Isnin, 18 Oktober 2010

Sebab Yg Ke Seven (7) ~ Perlekehkan

Sbb yang ke7 , Perlekehkan Tentang Kebolehannya ; memang inilah yang sering kita lihat dan dengar bila anak itu berkebolehan tetapi dihalang oleh Ibubapa dengan alasan tak de duit , tak de masa dan sentiasa sibuk , untuk itu kita mengatakan kepada anak tersebut bahawa dia tidak berkebolehan didalam sukan but cikgunya kata kepada anak tersebut dia ada harapan untuk mewakili NEGARA dan siapa yang benar adakah cikgunya atau Parents nya ! Maka bertambah benaknya(degil) anak tersebut bila keadaan tersebut menimpa dia padahal dia amat teruja dengan kebolehan yang dia ada dengan sokongan kuat jurulatih sekolahnya tetapi dihalang oleh Ibubapanya maka dia akan condong kearah lain bagi membalas dendam dengan apa yang dia alami sewaktu anak tersebut amat berkeyakinan dengan hidup tetapi ia telah dihancurkan oleh kedua Ibubapanya dan adalah wajar Ibubapa sokong TALENTS anak tersebut sampai dia berjaya untuk mengharunginya . ~ Qassiem al Junied

Sebab Yg ke 6 ~ No Trust

Yang ke6 Kurang Percaya Dengan Anak , bila kita dianugerahkan anak dan kita membesarkan dengan kemampuan yang ada walaupun tidak sekaya Bill Gate but we proud dengan anugerah tersebut but in the same time kita TIDAK PERCAYA DENGAN ANAK maka seolah-olah anak tersebut bukan anak kita dan kita meranapkan kepercayaan anak kepada kita dan ia akan tenggelam dengan dalam kesanubari anak tersebut bahawa satu elemen terpenting dalam jiwa anak tersebut sudah dicabut atau dibuang iaitu KEPERCAYAAN dan ini adalah elemen yang cukup penting dalam perhubungan antara anak dan Ibubapa dan sekiranya tidak wujud ianya ibarat seorang jeneral yang kurang pengaruh keatas batalionnya .
Sekira ianya berlaku diwaktu proses pembesaran anak-anak tersebut , maka cepat-cepatlah pantau dan tanamlah satu kepercayaan kepadanya walaupun ianya sering gagal tetapi kita tidak pernah gagal memberi dia peluang sekurang-kurangnya kita ada jawapan di AKHIRAT kelak insyallah . ~ Qassiem al Junied

Sebab ke 5 ~ Benih

Sbb yang ke5 , bila kita berkahwin dahulu tak terlintas pun dalam pemikiran kita tentang anak dan diwaktu kita beromen dengan pasangan masing-masing adakah kita ingat akan benih yang ditanam itu dapat menyenang kita diwaktu dunia dan akhirat , tetapi yang pasti keseronokan itu tak dapat ditukarkan dengan kata-kata dan diwaktu kita hanya memikirkan diri sendiri tanpa menghiraukan apa yang bakal kita pertanggungkan . Bila perut bini kita membuncit perasaan kita mula berubah dari gembira kepada tekanan sebab diwaktu seronok tak terfikir akan tanggungjawab dan bila lahir anak tersebut ianya akan menjadi bebanan dan bukan tanggungjawab maka wujudlah satu batu penghalang yang kebal antara sianak dengan Ibubapa sebab perasaan tanggungjawab tidak wujud bila beromen dahulu dan oleh yang demikian fitrah yang terkandung dalam anak tersebut mula berubah menjadi degil dan sentiasa tidak puashati dengan sikap Ibubapanya walaupun Ibubapa tersebut cuba berbuat baik but the kids feel not good to their parents anymore dan untuk memulihkan kembali ianya memerlukan satu masa yang amat panjang dan kena banyak bersabar ~ Qassiem al Junied

Sebab ke 4 EGO Dengan Anak-anak

Sbb yang ke4 adalah Ego dan Ego itu adalah satu tabiat yang kurang disenangi oleh banyak pihak , terutama TUHAN . Yang pastinya ego itu perkara yang semestinya diwujudkan oleh empunya badan bila dirinya menjadi perhatian dan kekaguman masyarakat setempat atas kehebatan dalam sesuatu perkara dan ini berlarutan sehingga TUHAN menyedarkannya atau DEATH yang pasti . Tiada sesiapa pun dalam dunia in suka kepada orang yang ada EGO apatah lagi anak sendiri yang mana Ibubapanya menpunyai sikap sedemikian rupa dan bila berlaku sesuatu perkara yang burok , masyarakat menghindari dari menolong malah anak sendiri pun mungkin lari dan terus menghilangkan diri atas sikap keEgoan Ibubapanya .
Oleh yang demikian Ibubapa yang berjaya dalam kerjaya janganlah bawa sikap Ego kerumah , ini kerana sikap itu akan terpalit pada anak sendiri dalam keadaan tidak secara langsung mungkin diwaktu ini tidak terlihat akan perangai anak-anak tersebut tetapi bila kita tua nanti barulah sedar dengan apa yang kita buat dahulu tempias kapada anak-anak kita sehingga bila kita sakit pun dia tidak peduli atas sebab KEEGOAN kita .

Sambungan dari ke 3

Sambung yang ke3 , bagi memulihkan keadaan Ibubapa mestilah sentiasa peka dengan proses pembesaran anak-anak tersebut dalam setiap sudut perjalanan anak-anak tersebut , jangan asyik dengan sikap kesombongan yang sentiasa dipamirkan didepan anak tersebut cuba ubah persembahan tersebut dengan membuang sikap sombong untuk sementara waktu dan dekatilah anak tersebut dengan sikap terbuka dan berlembut bila menyatakan perkara-perkara yang sukar difaham oleh anak tersebut serta banyaklah bersabar sepertimana kita amat menyabar dengan pasangan masing-masing ketika bercinta dahulu dan pratiknya bila sudah dapat anak dan itulah yang terbaik . Sombong itulah adalah perangai Iblis dan adakah kita suka anak kita sombong hasil dari perbuatan kita yang sentiasa sombong .

Sebab ke3 Sombong

Sebab yang 3 ialah , kita sombong dengan anak-anak kita dalam setiap perkara , dan ini bukanlah satu bentuk yang dapat membantu supaya anak anda menjadi seorang yang rama-tamah bila mereka meningkat dewasa dan dengan tidak secara langsung ianya akan menimbulkan satu perasaan yang kurang senang si anak tersebut dengan Ibubapa dan ini berlarutan sehingga mereka dewasa . Sebelum mereka dewasa si anak tersebut sudah mempamirkan sikap yang kurang baik dan kita tercari-cari dimanakah puncanya sehinggakan kita merasakan seolah-olah mereka sentiasa memberontak dan kita tidak tahu puncanya adalah dari kita sendiri dan dalam masa yang sama kita akan mengatakan anak tersebut masih mentah dan tidak boleh berfikir sepertimana orang dewasa padahal mereka boleh mengesan sesuatu apa yang telah kita lakukan dalam keadaan sedar dan tidak sedar . Maka dengan itu kita sentiasa sensitif dengan signal(degil) yang diberikan oleh anak tersebut dan selalu pantau keadaannya bukan untuk menyenangkan sebelah pihak tetapi untuk kedua belah pada masa akan datang !

Khamis, 14 Oktober 2010

Mungkin anda merasakan sesuatu yang aneh bila melayari blog ini yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan malah cuba mempertengahkan permasalahan anak-anak yang mana konteks dunia sekarang ini lebih kepada individu yang tidak mencampuri peribadi orang lain dan hakikat itu boleh kita perlihatkan dimana-mana kawasan kediaman masyarakat setempat , sebab itulah keamanan bukanlah perkara yang mudah tetapi ianya memerlukan satu kajian yang terperinci cara mana untuk mengekal keamanan tersebut dan ianya bermula dari kita menguruskan tabiat anak-anak tersebut , kemungkinan anda tidak bersetuju dan menganggap isu ini hanyalah sekadar mencari sesuatu yang samar-samar dan tidak mempunyai alasan yang benar-benar kuat but the realty is ,the thing start from us how to make our kid friendly with neighbour ! Bukannya musuh dan mengancam keharmonian to a local people but bring good to the parents ! Anda bersetuju !!!!!!
Sambungan sbb ke2 , anjuran dalam mendidik anak adalah tanggungjawab kita dan ia diberi pahala yang banyak bila kita mendidik mereka dan bukannya kosong yang kita perolehi di akhirat kelak ! Bayangkan betapa banyaknya pahala yang diperolehi oleh orang bersolat yang mempunyai anak . Hebat betul orang bernikah yang ada anak dan anak tersebut menyebabkan Ibubapa memperolehi rezeki yang bergantang-gantang dan dalam masa yang sama emakbapa buat tak reti bila anak tak kenal Rasulullah saw padahal bernikah itu sunnah Nabi bila dapat anak tak diajor mengenal Rasullah saw sebab itulah anak itu terlampau degil oleh itu pilihlah konsep terbaik dalam mendidik anak adalah dari sejarah keperibadian Rasulullah saw dan tidak ada teori lain selain sejarah keperibadian Baginda dan di dalam sejarah kehidupan Baginda terdapat beribu-ribu teori cara menjadikan anak-anak supaya ianya dapat menjadi sebahagian masyarakat ataupun mentadbir DUNIA , mungkin apa yang diperkatakan ini melampau tetapi fikirkanlah bagaimana manusia boleh menjelajah angkasa sedang manusia mempertikaikan Israk Mikraj ?

Sebab ke 2

Sbb ke 2 , sebagai orang Islam kita wajib mencontohi Rasulullah SAW , cara mana Baginda berhubung dengan kanak-kanak dan baginda amat menyukai kanak-kanak samada anak-anak Baginda sendiri , cucu dia iaitu Hassan dan Hussin serta anak-anak sahabat dan paling utama Baginda amat menyayangi Anak Yatim Piatu [ada sejarahnya ,cari sendiri] .
Kenapa kita sebagai umat Islam amat payah meniru konsep kasih sayang yang ditonjolkan oleh Baginda SAW dan rata-ratanya pada zaman ini banyak mengagongkan persepsi barat dalam mendidik anak dan merasa megah bila anak dapat menguasai bahasa selain bahasa Arab mungkin perkara ini terlalu berat untuk disadurkan kepada minda anak-anak kita , but you have to remember satu hari nanti kita akan rasa kesal dan longlai bilamana our own kids never think about Islam . Kedegilan itu bukanlah salah satu ciri-ciri anak orang Islam dan mungkin Sbb ke2 ini salah satu daripada 50sbb kenapa anak-anak kita DEGIL , ini kerana kita tidak memperkenalkan ahklak Rasulullah SAW kepada rutin kehidupan anak-anak kita , persoalannya apakah keperibadian Rasulullah tidak cukup membimbing anak-anak KITA ?

Rabu, 13 Oktober 2010

Sambungan Pertama - Mencintai Allah

Sambungan dari Pertama :- Hubungan dengan Allah Taala wajib kita pelihara dan dalam setiap solat 5 waktu kita mesti tunai solat dengan tepat pada waktunya , begitu juga dengan amanah yang di pertanggung keatas kita , iaitu anugerah ANAK dan selalunya ibubapa terlepas pandang dengan amanah yang telah di beri , iaitu solat 5 waktu adalah satu bentuk hubungan yang JELAS dengan Allah Taala tetapi inilah yang selalu kita cuai dan lalai . Sbb itulah kadang-kadang anak kita sering 'memberontak' dengan sebab penawarnya , kita lupa beri iaitu BERSOLAT dan perkara ini sudah berlaku dengan pantas bila jumlah Melayu Islam yang tidak bersolat amat banyak jumlahnya dan selalunya orang tak bersolat ialah Iblis dan Iblis adalah mahkhluk yang DEGIL dengan perintah Allah Taala dan sekiranya anak kita tidak bersolat atau malas bersolat makna nya anak KITA sama perangai dengan Iblis dan sebab itulah anak kita degil , dan bukan disebabkan pengaruh luar tetapi berlaku dalam lingkungan rumah kita sendiri , maka ingatlah sekiranya berlaku sesuatu diatas anak kita jangan cepat menghukum tetapi sentiasa berfikir akan kelemahan sendiri !

Selasa, 12 Oktober 2010

Ada 50 sbb anak-anak kita menjadi DEGIL dan ianya satu rumusan yang bukan rasmi tetapi ianya berlaku dengan jelas dan tiada isu yang palsu cuba ditonjolkan disini . Mungkin ianya satu jumlah yang tidak tepat(we accept that) tetapi ianya perlu dianalisakan dengan pengamatan dari kaca mata seorang IBUBAPA yang mengharap sesuatu yang terbaik dari anak tersebut dan ianya bermula dari peringkat awal (dalam kandungan ibu ) sehingga ke level yang membolehkan anak tersebut boleh berdikari dan selalunya acuan yang kita sajikan tersasar jauh bila anak tersebut jauh daripada kita dan ia amat mengecewakan perasaan IBUBAPA dan ianya ada penawar sebelum terlambat !
Insyallah kami akan huraikan setiap fakta yang diatas dengan mudah dan tidak memeningkan kepala anda dan yang perlu anda sentiasa menziarahi kami disini , bersabarlah .
Senario ini berlaku pada semua pasangan hidup yang berada diatas muka bumi ini dan tiada yang terkecuali namun hakikatnya kedewasaan kita kadang-kadang menyempit ruang antara anak dan parents tersebut dan ini membuatkan persoalan yang berligar dalam minda anak kita itu tidak dapat menghubungkan dengan secara naluri yang baik malah ianya akan menanam satu tompok hitam dalam perasaan mereka untuk 'membalas dendam' bila mereka ada peluang . Mungkin ianya nampak ganaz dan keterlaluan but its reality that we should thinks a million times , not wait !
Oleh itu kita kena bertindak bersama dan cuba berfikir dengan baik , walaupun ianya nampak permasalahan baru tapi sebenarnya tidak , ianya adalah satu 'signal' dari anak tersebut supaya berhenti seketika untuk mendengar apa yang terbuku dari hati mereka sebelum meletakan satu hukuman , walaupun ianya terang-terang menunjukkan mereka pembuat masalah but the fact is we have to learn much and SABAR .
Permasalahan yang di hadapi oleh setiap IbuBapa adalah cara mana mengurus anak-anak dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan yang baik antara suami isteri yang semakin kurang tenaganya serta usia mereka.Banyak perkara yang berlegar didalam dunia ini dapat diatasi dengan baik serta mudah , walaupun pada peringkat tertentu manusia dihalangi dengan belbagai prosedur dan kerumitan but they can move the problem without menguris apa-apa yang terdapat disekeliling mereka terutama perasaan sesaorang tetapi bila berhadapan dengan problem anak-anak , kita merasakan seolah-olah berhadapan dengan berjuta-juta musuh yang berada digarisan hadapan dimana kita tidak berpeluang untuk berundur ataupun bergerak sedikit dan ianya akan berlarutan sehingga satu waktu anak tersebut berhijrah keluar dari rumah kita tanpa dapat berpeluang untuk IbuBapa menyatakan kebenaran atau cadangan yang baik untuk anak tersebut sebelum kakinya melangkah keluar ! Dan anehnya bila peluang berada di hadapan kita , ianya menjadi beban sebelum mereka membesar .