Ahad, 24 Oktober 2010

(25) Tiada Menghormati Anak-anak Tersebut .

Anak-anak memerlukan sesuatu dari Ibubapa selain makan minum , tempat tinggal serta sedikit hiburan ataupun bersiar-siar bila masa lapang diwaktu hujung tahun dan sebagainya . Selain dari itu mereka perlu diajar cara-cara menghormati dan berlaku sopan dengan sesiapa yang lebih tua dari usia mereka , maka adakah kita sedar bahawa kadang-kadang Ibubapa terlepas dalam menghormati mereka walaupun kita rasakan penghormatan itu tidak perlu tonjolkan diwaktu usia yang begitu awal dan adakah kita merasakan perlukah ianya di didik pada usia yang amat mentah ini ?
Ibubapa kena ajar dan bimbing serta berusaha dengan gigih agar penghormatan adalah elemen yang perlu wujud dalam minda mereka sebelum usia mereka meningkat naik serta menjadi tegar untuk menerima nasihat dari Ibubapa mereka sendiri . Maka menghormati mereka adalah langkah awal yang dapat meleraikan kedegilan mereka pada jarak tertentu dan kemungkinan besar langkah ini dapat mengiktirafkan kewujudan mereka dimata Ibubapa yang sentiasa sibuk dan terlalu padat masa dengan kerja-kerja mereka . ~ Jjaj Hanbaly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan