Yang ke 15 , Menutup Keupayaan Anak - Dalam seratus kelahiran bayi , mesti salah satu daripada mereka mempunyai keupayaan yang luar biasa dan itu adalah anugerah yang istimewa dari Allah Taala kepada pasangan tersebut dan selalunya ianya kurang dapat dikesan oleh masyarakat setempat kerana ia dilindungi kemas oleh Ibubapa yang kurang bijak dan cerdik . Maka adalah diingatkan barang siapa mempunyai anak yang keupayaan yang baik atau luar biasa janganlah di tutup akan anugerah tersebut kerana ia akan memudahkan kehidupan antara anak-anak tersebut dengan kedua Ibubapa yang berkenaan . Kadang-kadang anak-anak tersebut cuba menonjolkan keupayaannya tetapi keluarga tersebut menolak dan tidak mempercayai tentang keupayaan anak tersebut dan ini membuat anak-anak tersebut merasakan kebolehan tidak dapat di persembahkan apatah lagi untuk diyakini , maka tercalitnya kebencian anak tersebut kepada Ibubapanya dan ini menyemarakan ruang kedegilan kepada tahap maximum dan ini cukup merbahaya kepada masa depan anak tersebut begitu juga kedua Ibubapanya . Dengan itu percayalah keupayaan anak tersebut walaupun dalam keadaan sedetik sekalipun . - Euclid Azarchel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan