Rabu, 20 Oktober 2010

Yang ke 19 Malas

Yang ke19 - Malas Menjawab Pertanyaan , Sekiranya Ada Persoalan . Anak kita suka bertanya dan pertanyaan tersebut dikehendaki menjawab dengan segera dan tepat beserta dengan penerangan yang detail dan adakah Ibubapa selesa dengan keadaan ini ? Rata-ratanya cuba melakukan dengan terbaik bila berhadapan dengan situasi ini dan sekiranya dapat menjawab dengan baik Ibubapa tersebut merasa bangga dan sekiranya tidak ada jawapan maka Ibubapa tersebut akan menangguhkan jawapan tersebut dengan memberi belbagai jenis alasan sehingga anak-anak itu diam dan perkara ini akan berulang-ulang lagi sehingga anak-anak tersebut hilang kepercayaan dan akan timbul perasaan memberontak dengan secara halus ataupun kasar . Oleh yang demikian akan wujud perasan degil itu dengan secara berperingkat-peringkat sepertimana yang dirancangkan oleh anak-anak tersebut , sapa tahu ?
Berilah jawapan dengan cepat walaupun tidak secara lengkap dan janganlah berlengah-lengah dalam situasi begini kerana jawapan itu penting bagi membina keyakinan anak-anak tersebut dengan kita , berusahalah ! ~ Hajjaj al Eussof al Qaddafi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan