Yang ke18 - Benci Akan kegemaran Anak-anak Tersebut . Anak kita amat gemar dengan Seni but we tell them , art bukanlah satu kerjaya yang menonjol tetapi hanya industri yang kurang menguntungkan , salahkah anak tersebut mengemarinya ? Tidak salah , tetapi Ibubapa wajib bijak berdepan dengan anak yang serupa ini kerana jiwa orang seni terlalu sensitif dan kita amat sukar untuk memahaminya dan ini ditambahkan lagi kita amat membenci dunia seni tersebut !
Kebijaksanaan Ibubapa adalah penawar yang tebaik dalam menangi apa-apa kesulitan yang berada didalam kehidupan harian . Janganlah kita berfikir dengan mudah dengan kecenderungan yang amat disukai olah anak tersebut , kita mesti menjadikan ianya positif bagi mengelak perbalahan yang teruk antara kedua Ibubapa dan anak tersebut . Ia amat mustahil sekiranya kita cuba meluputkan kegemaran anak tersebut kerana Ibubapa semakin tua dan tenaga kurang serta kemahuan anak tersebut semakin meningkat dan dapat merobohkan halangan yang dibina oleh Ibubapa , maka berfikirlah dengan pantas supaya kedegilan anak tersebut merosot dengan cepat...................................~ Jjaj Hanbaly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan