Jumaat, 22 Oktober 2010

Yang ke 21 Berjauhan

Yang ke21 - Sering Berjauhan Dengan Anak - Mungkin anda kurang bersetuju dengan fakta ini dan ianya adalah satu perkataan yang terkeluar sedikit dari tajuk perbincangan yang sedang berlangsung . Kita boleh beranggapan berjauhan dengan anak-anak ada beberapa sebab yang kuat , iaitu kerana tugasan yang dipertanggungkan oleh majikan ataupun kerjaya yang memaksa keadaan itu berlaku untuk tempoh masa yang lama dan alasan ini boleh diterima untuk short term in 'excuse' but how long ! Bila berjauhan ini menyebabkan perasaan anak tersebut telah di isikan dengan pebagai permasalahan dan ianya akan wujud bila kita berada digerbang alam penuaan dimana kita bersendirian dan hakikat itu telah berlaku bila kita tidak ada satu inesentif untuk merubahkan jadual kita bertugas dan habiskan bersama dengan anak-anak tersebut . Maka penawarnya wajiblah kita meruangkan masa dengan anak bagi mengelakkan kita kesepian diwaktu tua nanti dan sayugia diingatkan untuk mengelakkan kedegilan anak tersebut , kita sentiasa berhubung dengan anak itu dengan melalui pelbagai cara dan dizaman ini kemudahan telefon bimbit adalah jawapannya - berhubunglah walaupun seminit kerana ianya menpunyai 'value' tertentu - Jjaj Hanbaly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan