Rabu, 13 Oktober 2010

Sambungan Pertama - Mencintai Allah

Sambungan dari Pertama :- Hubungan dengan Allah Taala wajib kita pelihara dan dalam setiap solat 5 waktu kita mesti tunai solat dengan tepat pada waktunya , begitu juga dengan amanah yang di pertanggung keatas kita , iaitu anugerah ANAK dan selalunya ibubapa terlepas pandang dengan amanah yang telah di beri , iaitu solat 5 waktu adalah satu bentuk hubungan yang JELAS dengan Allah Taala tetapi inilah yang selalu kita cuai dan lalai . Sbb itulah kadang-kadang anak kita sering 'memberontak' dengan sebab penawarnya , kita lupa beri iaitu BERSOLAT dan perkara ini sudah berlaku dengan pantas bila jumlah Melayu Islam yang tidak bersolat amat banyak jumlahnya dan selalunya orang tak bersolat ialah Iblis dan Iblis adalah mahkhluk yang DEGIL dengan perintah Allah Taala dan sekiranya anak kita tidak bersolat atau malas bersolat makna nya anak KITA sama perangai dengan Iblis dan sebab itulah anak kita degil , dan bukan disebabkan pengaruh luar tetapi berlaku dalam lingkungan rumah kita sendiri , maka ingatlah sekiranya berlaku sesuatu diatas anak kita jangan cepat menghukum tetapi sentiasa berfikir akan kelemahan sendiri !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan