Kita mempunyai talian tertentu dengan saudara-mara kita antara disebelah Ibu dan bapa kita , seterus di pihak bini kita dan sebaliknya . Adakah kita sedar pertalian mereka dengan anak kita mempunyai hubungan yang lebih dari itu ? Kadang-kadang anak adik kita lebih rapat dengan anak kita , sehinggakan perkara-parkara yang berbentuk peribadi mereka ceritakan sesama mereka dan konteks ini ianya mempunyai satu hubungan amat rapat serta merapatkan pertalian dikalangan saudara mara kita . Bila ini berlaku ianya mempunyai satu pemantauan yang mudah dan tiada sukar untuk membendung mereka kearah yang baik dan sempurna , kerana rutin kehidupan mereka berlegar dikalangan adik beradik dan saudara kita .
Janganlah kita menjarakkan hubungan anak-anak kita dengan saudara mara mereka dan pastikan mereka mengenali antara satu sama lain dalam setiap urusan supaya ianya dapat mempermudahkan kehidupan mereka in future !
Perwatakan mereka amat sukar untuk dikesan sekiranya kita mengokong mereka dengan sesuatu yang kurang pasti ! ~ Jjaj Hanbaly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan