Rabu, 27 Oktober 2010

(32) Barangan 'Terpakai'

Anak kita 'smart' dalam pendidikan dan always get a good result dan kita dengan bangganya memberi berjenis-jenis hadiah demi usaha yang dilakukan anak tersebut dengan bersungguh tanpa merungut , lalu kita menceritakan kepandaian anak tersebut kepada orang ramai dan ianya cukup membanggakan kita tetapi sayangnya kita sering memberikan hadiah yang berbentuk 'terpakai' , walaupun barangan tersebut berjenama tetapi ianya sudah lapuk dan usang dan ini mengakibatkan 'talents' yang dimiliki oleh anak tersebut tidak dihargai walaupun hadiah diberi , tetapi mempunyai simbolik tertentu pada amatan anak tersebut .
Janganlah fikir bahawa anak tersebut tidak mempunyai deria yang cukup sensitif , sebab mereka telah dianugerah sesuatu dari Allah tentang kebolehan tertentu yang mana tidak terdapat pada orang dewasa dan ini mengakibatkan terpalit tompok kehitaman didalam perasaan mereka tentang balasan yang diterima dari hasil usaha mereka yang sentiasa memperolehi keputusan A tetapi dapat barang terpakai dan tidak mustahil perangai mereka akan berubah tetapi bukan sekarang but in future .~Jjaj Hanbaly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan