Rabu, 27 Oktober 2010

(29) Pemakanan

Untuk mempastikan anak-anak kita sentiasa dalam pengawasan kita walaupun ianya jauh ataupun dekat ialah dengan mempastikan penjagaan pemakanan untuk anak-anak tersebut wajar dijaga dengan baik dan sempurna atau lebih tepat lagi tidak ada sumber-sumber haram , subahat , makroh , was-was dan harus . Sekiranya kita tidak dapat melakukannya dengan apa yang diterangkan tadi memadailah dengan penyediaan pemakanan tersebut dari tangan kita sendiri iaitu lazat dan sedikit . Dan yang lebih penting makan bersama-sama dengan anak walaupun 10 minit yang anda ada .
Banyak sumber mengatakan masa bermakan adalah masa sesuai untuk bertegur sapa dengan anak dan kita dapat melihat dengan terang dan jelas keadaan anak-anak diwaktu mereka makan dengan kita . Diwaktu ini aliran sentuhan darah diantara anak-anak dan Ibubapa akan berlaku dan Ibubapa akan dapat mengesan sesuatu yang sedang berlaku yang cuba disembunyikan oleh mereka dan perkara yang sama berlaku daripada anak-anak terhadap Ibubapa mereka , maka sikap 'memberontak' (degil) mereka ada penyebabnya bukan disaja buat ! ~ Jjaj Hanbaly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan