Khamis, 28 Oktober 2010

(36) Cakap Besar

Sentiasa cakap besar didepan anak dengan perkara-perkara yang kurang pasti dan nyata . Anak kita memerlukan satu teladan yang baik dari Ibubapa iaitu bersikap sederhana dalam apa-apa perkara . Janganlah bercakap besar sekiranya kita tidak mampu untuk melaksanakannya kerana ia akan menjadi contoh yang kurang baik sekiranya apa yang diperkatakan tidak menjadi kenyataan didepan anak-anak , maka anak-anak tersebut akan memperkatakan tentang kebolehan kita lantas ia akan bertindak dengan apa yang dilihat atas kebodohan kita iaitu bercakap besar . Kesannya ia akan menyebabkan anak-anak tersebut sentiasa mempermainkan tindakan yang dilakukan oleh kita dan bercambahlah kedegilan mereka dalam mengikuti apa yang disuruh dan apa yang ditegah , maka berbaloikah kita bercakap besar ! ~ Jjaj Hanbaly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan