Sentiasa mengharap anak menjadi orang yang baik-baik dan mempunyai pencapaian akedemik yang cemerlang tetapi kita tidak membimbingnya kearah itu dan kita sentiasa tiada ruang untuk menyokong dengan penuh bersungguh-sungguh hanya sekadar melepaskan asap rokok ditangga rumah .
Hakikatnya peratus kecermerlangan anak adalah datangnya dari sokongan Ibubapa begitu juga sekiranya kita inginkan anak-anak tersebut mendapat kepujian dalam setiap peperiksaan bulanan , mestilah kita sebagai Ibubapa mempunyai perancangan tertentu untuk mempastikan anak-anak tersebut mencapai objektinya walaupun kaedah sistem pembelajaran diwaktu ini sudah berubah ( banyak sangat berubahnya) dan cuba sokong dengan cara tersendiri (just take a part of his life in minute ) . Maka sudah tentu perilaku anak tersebut akan berubah mengikut rentak kehendak kita dan tiada perbuatan melanggar perintah Ibubapa walaupun perkara yang disuruh itu bertentangan dengan kehendak anak tersebut . Ini adalah akibat kita dapat menghidu kemahuan anak yang sedang dalam proses pembesaran . Apakah anda sedar anak-anak tersebut sentiasa membuat perkara-perkara untuk menarik perhatian Ibubapa ? Jjaj Hanbaly
Tiada ulasan:
Catat Ulasan