Memang Ibubapa mewujudkan satu ruang yang menutup akan kebolehan anak tersebut dalam kebolehan tertentu dan yang pastinya kebolehan itu menandakan ia boleh berdikari dimasa depan dan kebolehan itu jarang sangat Ibubapa mengiktirafkan sebalik membina alasan-alasan tertentu bagi mengatakan ianya berlaku dalam kebetulan bukan dari usaha anak-anak tersebut dan mungkin yang ramai tidak setuju dengan penulis tetapi itulah hakikatnya .
Jumlah anak-anak kita yang memberi sumbangan kepada masyarakat adalah tersasar jauh dan tidak ada maklumat rasmi mengenainya tetapi kita boleh lihat ranking peratus anak-anak dalam gejala negatif semua dalam 70% dan ini adakah sikap ibubapa yang tidak serius atau sebaliknya ?
Anak adalah lambang simbolik kepada Ibubapa yang menjaganya dan permasalah anak-anak adalah tanggungjawab semua pihak bermula dari jiran-jiran , guru-guru disekolah , ustaz-ustaz di madrasah , ketua kampong , JKKK dan pasukan seragam yang berada disekitar kawasan tersebut dan diwaktu ini kanak-kanak adalah satu aset amat berharga bagi sebuah negara yang inginkan kemajuan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan