Jumaat, 29 Oktober 2010

(40) Makan Bersama

Makan adalah perkara yang amat utama dalam kehidupan manusia dan haiwan , begitu juga dengan mahkluk-mahkluk yang terdapat diatas muka bumi ini tak terkecuali anak-anak kita yang tanggung dari dalam perut ibunya lagi sehinggalah dia dilahirkan dan kita amat bangga bila ia membesar dengan usaha kita walupun kedegilannya sentiasa mencabar kesabaran Ibubapa . Sebab-sebab anak kerap memberontak adalah kita jarang makan bersama serta menikmati juadah yang dihidangkan dalam suasana riang dan gembira . Anak kita mengharapkan diwaktu makan dapat berbual dan meluahkan sesuatu bila terlihat akan kelibat Ibubapa bersama dan mereka mengharapkan ia akan berlaku pada hari-hari yang berikut tetapi ianya melihat perkara itu amat mustahil untuk Ibubapa bertindak demikian . Keperahatinan Ibubapa amat penting dan ianya bukan satu persoalan yang mudah dan barang diingat anak adalah dahan untuk kita berpaut bila kita berada dilewat usia 70an kerana diwaktu itu kita memang tak ada apa-apa yang boleh dibangga malah mungkin tak beberapa kacak atau seksi lagi cuma daging-daging yang kereput , maaf kasor sikit ! Makan bersama mengerat kasih sayang yang sudah luput ketika berada diluar rumah (kerja) . ~ Jjaj Hanbaly

1 ulasan:

  1. Percaya adalah perbuatan yang sukar untuk dipersembahkan dengan kata-kata ataupun dengan ayat-ayat yang mengambarkan kita amat percaya dengan apa yang disandarkan ~ Jjaj Hanbaly

    BalasPadam